Isnin, 2 Mei 2016

Jom Kenal Teras Kelor / Gemunggal

 اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ , بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ di sini saya Pak Ngah Din ingin memperkenalkan kepada anda semua terutamanya kepada anak melayu kita yang tidak mengetahui tentang rahsia teras kayu dan khasiatnya. Sebagai muqaddimah sempena pembukaan blog saya ini, saya ingin memperkenalkan kepada anda semua tentang Pokok Kelor dan Teras Kelor. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi mengunjungi blog saya ini.




POKOK KELOR

Pokok kelor, juga dikenali sebagai merunggairambungairembungai,lemunggai, atau moringa adalah sejenis pokok daripada keluarga Moringaceae. Lemunggai mempunyai pelbagai kegunaan dari akar hingga buahnya, mudah ditanam dan mudah sesuai dengan apa-apa cuaca. Ia berasal dari India.
Pokok Kelor merupakan spesies ditanam secara meluas dalam genus Moringa, yang merupakan satu-satunya genus dalam keluarga Moringaceae. Dalam bahasa Inggeris ia dipanggil : moringa,[1] pokok kayu dram[1] (dari bentuk lenggi biji benih tiga segi yang panjang dan langsing), pokok minyak ben, atau pokok benzoil[1] (dari minyak yang dihasilkan dari benihnya). Ia merupakan pokok cepat tumbuh, tahan kemarau tempatan di kaki bukit selatan Himalayas di barat laut India, dan ditanam secara meluas di kawasan tropika dan separa tropika di mana lenggai muda dan daunnya digunakan sebagai sayuran. Ia juga boleh digunakan bagi membersihkan air dan membersihkan tangan, dan kadang-kala digunakan dalam perubatan herba.














TERAS KELOR

Teras kelor / kilo atau gemunggal merupakan salah satu daripada jenis teras terpilih dan amat masyhur di nusantara pada suatu masa dahulu.
 Pada zaman tahun awal 70an dan 80an kebanyakkan askar – askar Melayu gunakan teras itu sebagai pelindung diri . Ini menunjukkan bahawa teras gemunggal ini mempunyai seribu satu khasiat yang tidak diketahui. 

Kehebatan Teras Gemunggal ini dikatakan menjadi rebutan para datin kerana bimbang suami bermain kayu tiga. ianya boleh menghalang ilmu hitam dan sihir. kehebatan kayu gemunggal ini bukan sahaja menjadi buruan lelaki tetapi kaum wanita juga turut mencarinya kerana dapat membantu melembutkan hati lelaki. kayu gemunggal ini amat baik disimpan untuk anak dara yang belum berkahwin. 

Teras Gemunggal sekiranya dipakai ketika orang hendak menyusahkan kita, insya Allah mereka tidak mampu melakukannya. Teras Gemunggal ini telah menjadi rebutan di kalangan pengamal perubatan, guru silat dan VIP kerana mereka amat mementingkan keselamatan diri. 

JENIS TERAS KELOR / GEMUNGGAL

Terdapat 3 jenis gemunggal yang biasa ditemui. Setiap satu nya berlainan dari sudut rupa, warna dan sebagainya.

1) KELOR / GEMUNGGAL KAMPUNG

Mempunyai urat- urat yang sangat indah seakan urat tangan manusia. Ianya berwarna koko coklat jika masih muda dan kehitaman jika sudah tua. Jika direndam di dalam air, herba daripada terasnya akan berwarna seperti air teh. Air rendaman teras ini amat bagus diminum untuk membuang penyakit di dalam tubuh badan dan dapat menyegarkan kita. Air asahan akar pokoknya sedikit pedas dan hawa hawa panas. Kayu jenis ini timbul jika direndam di dalam air.

2) KELOR / GEMUNGGAL BUKIT

Susunan lapisan uratnya sederhana halus. Air rendamannya tidak berwarna. Kayu jenis ini tenggelam jika direndam dan kayunya sangat keras.

3) KELOR / GEMUNGGAL PULAU

Keratan rantas gelang uratnya terdapat putus2, halus dan uratnya berwarna putih cerah dan kemerahan muda/tua. Terasnya lebih ringan dan timbul jika direndam.



Semoga dengan perkongsian ini dapat menarik minat saudara dan saudari untuk mengetahuinya lagi. Jutaan terima kasih kepada yang memberi info ini, segala salah dan silap harap diampun. Saya berharap dapat berkongsi dengan anda tentang kehebatan teras gemunggal ini lagi. Sekian Wallahualam.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.